Penting ; Para pembaca dinasihati supaya tidak melangkaui. Hendaklah dibaca satu persatu bermula dari awal sehingga selesai supaya tidak keliru.
Sebaiknya pembaca membaca tulisan Arab untuk membiasakannya kerana tulisan Arab berbeza dengan tulisan rumi.
Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah. Assalamulaikum warahmatulah, saudari-saudari, tuan-tuan dan puan-puan,
Pembelajaran bahasa Arab telah mendapat sambutan di Negara kita terutamanya dari kalangan penuntut-penuntut agama. Bahkan orang awam juga belajar untuk berkomunikasi dengan peniaga-peniaga Arab di Mekah untuk mudah meminta tawaran dengan harga yang paling rendah.
Pemandu pelancong pula menganggap pelajaran bahasa ini adalah penting. Ramai pemandu pelancong Arab terdiri dari kalangan ustaz yang fasih berbahasa Arab. Namun tidak ramai orang awam yang berkebolehan.
Tetapi yang lebih penting pelajaran bahasa Arab ini ialah untuk kita mengenal Al-Quran yang menjadi perantaraan di antara Pencipta dan hamba-hamba-Nya. Maha Pencipta telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa Al-Quran. Sudah pasti bahasa ini terdapat banyak kelebihan sehingga pencipta memilihnya sendiri dan dijadikan pula sebagai bahasa di syurga.
Huruf-huruf
Hijaiyyah ialah 30 huruf iaitu;
Dalam rajah 2 ini, terdapat perbezaan huruf-huruf di antara yang ada di dalam kotak-kotak tersebut. Di dalam satu kotak itu huruf-hurufnya adalah sama. Contoh,
م ف ث ت ب
Apabila disambungkan huruf-huruf, ia akan bersambung di satu sama lain seperti ;
ـبـتـــثـنـيـــــ
Kini anda akan melihat bahawa huruf-huruf di atas adalah sama bentuknya, Cuma berbeza tentang titiknya, ada yang 2 atau 3 titik dan ada titik yang di bawah dan di atas.
ــد ــذ ــر ــز د ذ ر ز
Huruf ini berbeza dengan huruf di atas tadi. Huruf-huruf ini tidak boleh disambungkan selepasnya dengan huruf lain tetapi boleh disambungkan sebelumnya contoh seperti ;
فدب بذت ترى ترع
Seterusnya,
ــعـغـحـجـخ ع غ ج ح خ
صضطظ ص ض ط ظ
Baki setiap huruf di bawah adalah berbeza sekali satu sama lain jika kita perhatikan;
و م ك ل ا ه ء
Jika kita sambungkannya,
ـومــكلاه ء
Kita tengok huruf Waw. Fungsi penyambunganya sama seperti huruf Ro tetapi bentuknya berbeza kerana Waw di bibir mulut yang ternganga dan muncung. Dengan itu ia berbentuk bulat kecil manakala Ro berbentuk seperti garisan sahaja.
Huruf Mim pula sama bentuk dengan huruf Waw yang terdapat bulat kecil tetapi fungsi penyambungannya berbeza yakni Mim boleh disambungkan sebelum dan selepasnya dengan huruf lain. Manakala Waw tidak boleh disambungkan selepasnya.
ك د ذ ر ز ا ء
Ia boleh disambungkan sebelumnya dengan huruf lain dan tidak boleh selepasnya tetapi huruf Hamzah tidak boleh sama sekali disambungkan sebelum atau pun selepasnya.
Begitulah cara penulisan atau „imla‟ bahasa Arab. Kita bertuah kerana dimudahkan oleh orang terdahulu yang tidak kering tinta dalam mengkaji bahasa Arab dan penulisannya. Cuba anda bayangkan Al-Quran itu tidak berbaris, bagaimana anda hendak membaca Al-Quran itu.
Akan tetapi, setelah mengenali huruf dan kaedah Nahu, kita boleh juga membaca Al-Quran atau membaca artikel dalam bahasa Arab dengan tidak berbaris. Namun kita mestilah bersabar untuk melangkah ke depan satu langkah lagi sebelum kita mempelajari makhraj-makhraj huruf.
Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.

Makharijil-huruf
(Tempat-tempat Keluar Huruf)
Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.
Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.

5 comments:
Assalamualaikum tuan.
Saya ingin memiliki e-book yg tuan terbitkan. Harap tuan dapat memberi maklumat lanjut tentang bayaran dan penghantaran.
شكرا
SAYA INGIN EBOOK YG TUAN TERBIT
Saya berminat nak memiliki ebook Ni. Bagaimana cara nak dapatkannya?
Syabbas Ustaz Zulfikri. Suatu usaha yang baik menghasilkan blog Bahasa Arab yang boleh memberi manfaat kepada ramai yang ingin mempelajarinya
Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini
Post a Comment