MATNUL-FIKRI 

 
Saya akan memulakan pelajaran kaedah bahasa Arab ini dengan kaedah harfiyah. Biasanya pelajar bahasa Arab akan memulakannya dengan menyebut kalimah yakni perkataan-perkataan Arab terlebih dahulu.

Sebenarnya dari huruf akan membentuk perkataan dan dari perkataan akan membentuk ayat-ayat pula. 

Imbuhan Yang Sepuluh


Terdapat 10 huruf imbuhan selain dari huruf yang terbentuk dengan kata asal. 10 huruf itu ialah; 
Jika kita ringkaskannya untuk mudah menghafal ia akan menjadi „Sa-altumuniha‟. 
Kata Dasar

Asal perkataan Arab bermula dengan 3 huruf, 4 atau 5 huruf dan tidak boleh ditambah lagi selepas itu. Anda mengistilahkannya dengan Tsulatsiyyah, Ruba‟iyyah dan Khumasiyyah. Contohnya seperti di bawah;
Jika kita lihat pada Rajah 1 Nahu, Tsulatsiyyah bermaksud gabungan 3 huruf atau terdiri dari 3 huruf membentuk perkataan yakni Kata Dasar. Begitu juga Ruba‟iyyah terdiri dari 4 huruf dan Khumasiyyah terdiri dari 5 huruf.


1) Faedah Imbuhan

Huruf imbuhan pula memberi memberi faedah yang tertentu. Imbuhan huruf Alif Lam dan Tanwin memberi pengertian Katanama Contohnya seperti di bawah;
Apabila imbuhan ditambah pada Kata Dasar, ia mempunyai maksud yang tertentu seperti Alif Lam, apabila ia ditambah pada perkataan rajulu menjadi al-rajulu bermaksud ia akan menjadi Kata Nama (Al-Ism). Begitu juga Tanwin(tambah Nun), ia juga menjadi Kata Nama.

Contoh ayat Al-Quran;

“Tidaklah Muhammad itu melainkan seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya rasul-rasul.” Surah Al-E-Imran (144).


2) Fi’lul-Madhi(kata perbuatan yang telah berlaku)

Imbuhan yang ditambah pada Kata Dasar juga mempunyai makna perbuatan yang telah berlaku seperti Ta Yang Berbaris Mati Tanda Perempuan contohnya „amilat dan lain-lain yang ditambah di akhir Kata Nama contohnya ;

Di dalam Rajah 2 Nahu di atas, kita dapat melihat semua contoh-contoh Kata Perbuatan yang telah berlaku apabila huruf-huruf Gantinama itu ditambah selepas Kata Dasar.

Contoh ayat Al-Quran;
“(ingatlah) ketika dia telah lari ke kapal yang penuh muatan,” Surah As-Saaffat(140)


3) Fi’lul-Mudhori’(kata perbuatan yang sedang berlaku)
Manakala, ia memberi makna kata perbuatan yang sedang berlaku apabila ditambah salah satu dari huruf imbuhan yang kita kata (anaitu) dalam satu perkataan yang kita himpunkan dan ia masuk pada permulaan kata perbuatan seperti contoh ;

Contoh ayat Al-Quran;
"supaya mereka membawa kepadamu semua ahli sihir yang pandai". Surah Al-Araf (112)
Contoh ayat Al-Quran;
(Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.) Surat Al-Ma`ārij [70:32]


Perhatian: Tujuan kita menghimpunkannya contohnya seperti anaitu dari Alif, Nun, Ya dan Ta ialah untuk lebih mudah lagi menghafal seperti,
Jadi, salah satu dari 4 huruf imbuhan itu, jika dimasukkan pada permulaan kata dasar maka ia memberi makna kata perbuatan yang sedang berlaku.
 

4) Dhomir(gantinama)
Setiap dari huruf-huruf yakni Alif, Nun, Ya, Ta, Mim, Waw dan Hamzah mewakili Gantinama.

Huruf Alif mewakili Gantinama dia (dua orang lelaki/perempuan), Gantinama kamu (dua orang lelaki/perempuan)dan Gantinama kami (dua orang lelaki/perempuan). Contohnya,
Contoh ayat Al-Quran;
 
وَاللَّذَانِ يَأْتِيَانِهَا مِنْكُمْ فَآذُوهُمَا
“Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya,” An-Nisâ 16

Perkataan Arab biasanya tidak menggunakan perkataan Huma dan seumpamanya seperti Antuma dan Naĥnu. Hanya perlu dengan meletakkan huruf imbuhan sahaja sudah memadai untuk kita mengetahui fungsi-fungsi tatabahasanya. Seperti contoh;
Ia hanya digunakan pada tempat-tempat tertentu sahaja. Misalnya (Mereka) melakukan amalan selain dari itu
Jadi, gantinama (Mereka/Hum) tidak tidak digunakan kerana telah tersembunyi di dalam „ya‟maluna‟ dengan tanda jama‟/ramai pada huruf Waw dan tanda „mereka/hum‟ pada huruf Ya,Waw dan Nun.

Begitu juga Alif sebagai tanda dua orang dan gantinama huma tidak digunakan. Memadai „ta‟malani‟ mempunyai tanda dua orang pada huruf Alif dan tanda „mereka/huma‟ pada huruf Ya dan tanda „kamu/antuma‟ pada huruf Ta.

Huruf ta mewakili gantinama Hiya, Anta dan Antum contohnya „hiya fa‟alat‟, „antum fa‟altum‟ dan contoh kata perbuatan yang sedang berlaku „hiya taf‟alu‟, „anta taf‟alu‟, „anti taf‟alina‟ dan „antum taf‟aluna‟.

Contoh ayat Al-Quran;

“Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan),” Surat Yūsuf 31

Contoh ayat biasa;
“Anda sedang makan nasi goring.

Perhatian: Kata perbuatan yang sedang berlaku adalah sama penggunaannya pada dua gantinama ini hiya dan anta. Tetapi pada anta, biasanya gantinamanya tidak digunakan. Rujuk kembali ke atas.

Saya sengaja menyertakan gantinama untuk mudah membuat perbezaan mengikut tanda-tandanya yang terdapat pada kata perbuatan sama ada kata perbuatan yang telah berlaku atau yang sedang berlaku. Oleh itu jika kita ingin menuturkannya, biasakanlah tidak menyebut gantinama.


5) Perbezaan Di Antara Dhomir-Dhomir Yang Membentuk Kata Perbuatan 
 


Begitulah huruf Mim dan Waw. Huruf Mim mewakili „kamu/antum‟ pada kata perbuatan yang telah berlaku makakala huruf Waw pula pada kata perbuatan yang sedang berlaku. Kedua-duanya menjadi tanda jama‟/ramai contohnya seperti di dalam Rajah 3 Nahu di atas;

Nota: Apabila sesuatu huruf itu ditambah selepasnya, ia akan menjadi kata perbuatan pada perkara yang telah berlaku. Ia ditambah dengan salah satu dari huruf-huruf  ت م و ا ن   contohnya ;
Manakala apabila sesuatu huruf ditambah pada permulaan kata perbuatan, ia menjadi kata perbuatan pada perkara yang sedang berlaku contohnya;
Ia ditambah dengan salah satu huruf yang empat iaitu أنيت dengan tidak termasuk dhomir jama‟/gantinama ramai .

Di antara fi‟lul madhi dan fi‟lul mudhori‟ 

 
Maka apabila begitu rupa, terdapat perbezaan gantinama di antara seorang, berdua atau ramai seperti contoh فَعَلْتُمْ asalnya فَعَلْتُمُو maka huruf waw itulah asalnya sebagai tanda jama‟/ramai seperti di dalam فَعَلُوا

Begitu juga dhomir/gantinama di dalam fi‟lul-mudhori‟/kata perbuatan yang sedang berlaku تَفْعَلُوْنَ waw itu menjadi tanda jama‟/ramai dan ta menjadi dhomir antum/kamu semua. (ta dhomir waw jama‟), jadi kita namakan dhomir jama‟(gantinama ramai)

Jikalau dhomir itu lelaki, kita namakan dhomir jama‟ muzakkar. Jikalau berdua kita namakan dhomir mutsanna(gantinama dua orang) dan jika perempuan kita namakan dhomir mutsanna muannast(gantinama dua orang perempuan).

Baiklah kita perhatikan jadual di bawah untuk lebih jelas melihat perbezaan-perbezaan di antara gantinama, dan kata perbuatan yang telah berlaku dan yang sedang berlaku.

Lihat jadual 1, Gantinama Terpisah


 
Nota: kata perbuatan di dalam jadual 2 kita namakan fi‟lul mufradul muzakkar(perbuatan seorang lelaki), fi‟lul mutsannal muzakkar(perbuatan dua orang lelaki), fi‟lul jama‟ul muzakkar(perbuatan ramai lelaki).

Jikalau perempuan kita tukar sahaja sebagai fi‟lul mufradul muannast(perbuatan seorang perempuan) dan istilah seterusnya.

1) Al- muzakkar-mufrodul, mutsanna-muzakkar, jam‟ul-muzakkar

2) Al- muannast-mufrodul, mutsanna-muannast, jam‟ul-muannast



Lihat pula jadual 3, Gantinama Tersambung. 

 
Kaedah: Gantinama terpisah (lihat kembali Jadual 1) adalah dhomir munfashil atau subjek yang terpisah dengan kata perbuatan dan ia tidak digunakan kecuali pada tempat tertentu sahaja contohnya;
Ia adalah Gantinama Hiya untuk seorang perempuan yang kata perbuatan adalah sama dengan kata perbuatan gantinama kedua bagi seorang lelaki iaitu engkau/anta. Maka gantinama Anta wajib disembunyikan kerana telah „uruf/dikenali pada penggunaannya.

Manakala gantinama tersambung pula adalah menjadi objek dan ia tidak boleh tersembunyi, wajib dinyatakan contohnya;
“orang perempuan itu yang memukul anda”

Dengan ini, susunan jadual 1, 2 dan 3 adalah mengikut kaedah subjek, predikat dan objek.

Uniknya kalimah Arab ini, ialah kalimah yang pendek tetapi mempunyai erti yang panjang seperti contoh tadi. Mulai hari, menggunakan perkataan kalimah. Kalimah mufid ertinya kalimah yang memberi faham dengan perantaraan bahasa Arab walau pun rengkas. 

------------------------------------------------------------------------------------------
Nun mewakili Dhomir Muannast/gantinama bagi perempuan ramai contohnya hunna fa‟alna dengan huruf Nun itu menjadi tanda jama‟/ramai dan juga gantinama Nahnu contohnya nahnu fa‟alna.
 
Perhatian: huruf Nun pada kata perbuatan Nahnu berbeza dengan kata perbuatan pada Hunna. contohnya hunna fa‟alna x nahnu fa‟alna. Ghalat/kesalahan pada membacanya melalui tulisan rumi. Cuba perhatikan tulisan Arab yang berikut;
Terdapat perbezaan yang mana hunna fa‟alna dibaca dengan nada yang pendek sekadar 1 harakat manakala nahnu fa‟alna dibaca dengan nada panjang sekadar 2 harakat. Oleh itu, hendaklah kita membiasakan diri dengan membacanya dari tulisan Arab untuk mengelakkan kekeliruan.
------------------------------------------------------------------------------------------
Huruf Ya pula mewakili Dhomir Muannast Mukhotobah/gantinama bagi perempuan yang dihadapkan percakapan terhadapnya atau gantinama kedua contohnya „anti taf‟alin‟. Ia juga mewakili Dhomir Muzakkar Ghoib/gantinama bagi lelaki yang tidak hadir atau gantinama ketiga. Gantinama tersebut tidak akan menjadi tanda jama‟/ramai selama-lamanya. Contohnya „huwa yaf‟alu‟.
 
Lihat jadual di bawah, ia menerangkan dhomir dan jenis-jenisnya seperti gantinama pertama, gantinama kedua dan gantinama ketiga. Menu di sebelah kiri menerangkan istilah Gha-ib ialah gantinama ketiga yang tidak ada bersama orang yang bercakap. Mukhothob pula ialah orang yang dihadapkan percakapan terhadapnya jadi gantinama kedua dan gantinama pertama ialah mutakallim iaitu orang yang berkata-kata bagi pihak yang lain (ma’a ghairuhu) atau dia sendiri(wahdah).

 
  Sebagaimana, dhomir ada jama’, ada muzakkar. Tetapi yang ini ia akan membentuk perbualan dengan dengan orang yang pertama dengan orang yang kedua dan menceritakan pula orang ketiga. 

Maka  14 huruf dalam kotak di tengah-tengah sekali dilagakan dengan kiri
dan kanannya seperti jama’ul-muzakkaril-ghai-ibah iaitu dhomir hum,
jama’ul-muannast-ghai-ibah dan seterusnya.

Huruf Hamzah pula mewakili dhomir mutakallim wahdah/gantinama seorang berkata-kata atau gantinama pertama pada kata perbuatan yang sedang berlaku bukan kata perbuatan yang telah berlaku. Contohnya;
 
Kita himpunkan semua huruf ini pada perkataan kita „mata nau-in‟ untuk mudah mengingatinya.
Peringatan: Pelbagai perubahan sama ada perubahan kata nama atau kata perbuatan berlaku dengan sebab berbeza imbuhan yang ditambah dan mempunyai fungsi penggunaan yang berbeza pula. 

Lihatlah, perhatikanlah dan pastikanlah imbuhan yang masuk atau yang ditambah ke dalam kata dasar. Anda pasti melihat bahawa huruf imbuhan itu tidak terkecuali dari 10 huruf tadi.

 
6) Fi’lul-Amri(Kata Perintah)
Apabila ia mendatangkan makna kata perintah hendaklah apa yang ada pada kata perbuatan yang sedang berlaku iaitu salah satu dari huruf (anaitu) yang ditambah pada permulaannya dan digantikan dengan huruf alif atau dibuang terus oleh kerana huruf yang kedua itu berbaris.
Perhatian: (anaitu)Alif Nun Ya Ta/ أ ن ي ت  ialah salah satu huruf yang ditambah pada permulaan kata perbuatan, maka ia menjadi kata perbuatan yang sedang berlaku manakala huruf Ta, Nun, Mim, Waw dan Alif/  ت ن م و  apabila dimasukkan selepas kata perbuatan, ia akan menjadi kata perbuatan yang telah berlaku. Tetapi yang dikehendaki perubahan kepada kata perintah ialah dengan hanya menggunakan kaedah fi‟lul-mudhori‟/kata perbuatan yang sedang berlaku. 

Semua diringkaskan menjadi „anaitumu‟ atau „mata nau-un‟
Lihat jadual di bawah tentang penggunaan fi‟lul-amr/kata perintah. Ia menggunakan kaedah penukaran dari fi‟lul-mudhori‟ bukan fi‟lul-madhi.
------------------------------------------------------------------------------------------
BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH 
ebook
Penulisan dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu Rumi

Penting ; Para pembaca dinasihati supaya tidak melangkaui. Hendaklah dibaca satu persatu bermula dari awal sehingga selesai supaya tidak keliru.
 

Sebaiknya pembaca membaca tulisan Arab untuk membiasakannya kerana tulisan Arab berbeza dengan tulisan rumi.  

Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah. Assalamulaikum warahmatulah, saudari-saudari, tuan-tuan dan puan-puan, 

Pembelajaran bahasa Arab telah mendapat sambutan di Negara kita terutamanya dari kalangan penuntut-penuntut agama. Bahkan orang awam juga belajar untuk berkomunikasi dengan peniaga-peniaga Arab di Mekah untuk mudah meminta tawaran dengan harga yang paling rendah. 

Pemandu pelancong pula menganggap pelajaran bahasa ini adalah penting. Ramai pemandu pelancong Arab terdiri dari kalangan ustaz yang fasih berbahasa Arab. Namun tidak ramai orang awam yang berkebolehan.  

Tetapi yang lebih penting pelajaran bahasa Arab ini ialah untuk kita mengenal Al-Quran yang menjadi perantaraan di antara Pencipta dan hamba-hamba-Nya. Maha Pencipta telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa Al-Quran. Sudah pasti bahasa ini terdapat banyak kelebihan sehingga pencipta memilihnya sendiri dan dijadikan pula sebagai bahasa di syurga.


Huruf-huruf Hijaiyyah ialah 30 huruf iaitu;


Dalam rajah 2 ini, terdapat perbezaan huruf-huruf di antara yang ada di dalam kotak-kotak tersebut. Di dalam satu kotak itu huruf-hurufnya adalah sama. Contoh,

م ف ث ت ب
 
 
Apabila disambungkan huruf-huruf, ia akan bersambung di satu sama lain seperti ;

ـبـتـــثـنـيـــــ
Kini anda akan melihat bahawa huruf-huruf di atas adalah sama bentuknya, Cuma berbeza tentang titiknya, ada yang 2 atau 3 titik dan ada titik yang di bawah dan di atas.
ــد ــذ ــر ــز        د ذ ر ز

Huruf ini berbeza dengan huruf di atas tadi. Huruf-huruf ini tidak boleh disambungkan selepasnya dengan huruf lain tetapi boleh disambungkan sebelumnya contoh seperti ;
فدب بذت ترى ترع
Seterusnya,
ــعـغـحـجـخ     ع غ ج ح خ
صضطظ      ص ض ط ظ
Baki setiap huruf di bawah adalah berbeza sekali satu sama lain jika kita perhatikan;
و م ك ل ا ه ء
Jika kita sambungkannya,
ـومــكلاه ء
Kita tengok huruf Waw. Fungsi penyambunganya sama seperti huruf Ro tetapi bentuknya berbeza kerana Waw di bibir mulut yang ternganga dan muncung. Dengan itu ia berbentuk bulat kecil manakala Ro berbentuk seperti garisan sahaja. Huruf Mim pula sama bentuk dengan huruf Waw yang terdapat bulat kecil tetapi fungsi penyambungannya berbeza yakni Mim boleh disambungkan sebelum dan selepasnya dengan huruf lain. Manakala Waw tidak boleh disambungkan selepasnya.

Ka, Lam dan Alif adalah merupakan garis-garis menegak kecuali Kaf yang condong sedikit. Mereka semua boleh disambungkan kecuali Alif tidak boleh disambungan selepasnya dengan huruf lain. 


Semua huruf boleh disambung sebelum dan selepasnya dengan huruf lain kecuali;
  ك د ذ ر ز ا ء  
Ia boleh disambungkan sebelumnya dengan huruf lain dan tidak boleh selepasnya tetapi huruf Hamzah tidak boleh sama sekali disambungkan sebelum atau pun selepasnya.

Begitulah cara penulisan atau „imla‟ bahasa Arab. Kita bertuah kerana dimudahkan oleh orang terdahulu yang tidak kering tinta dalam mengkaji bahasa Arab dan penulisannya. Cuba anda bayangkan Al-Quran itu tidak berbaris, bagaimana anda hendak membaca Al-Quran itu.

  Akan tetapi, setelah mengenali huruf dan kaedah Nahu, kita boleh juga membaca Al-Quran atau membaca artikel dalam bahasa Arab dengan tidak berbaris. Namun kita mestilah bersabar untuk melangkah ke depan satu langkah lagi sebelum kita mempelajari makhraj-makhraj huruf. 


Makharijil-huruf (Tempat-tempat Keluar Huruf)

Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas. 

Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.  

Sebelum kita memulakan kaedah nahu, mari kita singgah dahulu ke kotak abjad untuk menajamkan lagi penglihatan kita dalam memperbezakan huruf-huruf Arab.




Silang abjad


 

Translate

Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah.

Assalamualaikum saudara dan saudariku,


Al-Quran sebenarnya adalah bahasa yang tertinggi dan kaya dengan sastera kerana ia bukan perkataan manusia tetapi adalah perkataan Pencipta manusia.


Namun walaupun ia tinggi dengan kesusteraan Arab, ia telah dimudahkan oleh Allah untuk mempelajari, mengingati dan memahami kaedah-kaedah nahu yang terdapat di dalamnya.


Tidak dapat disangkal di dalam Al-Quran atau hadis-hadis sahih seperti yang kita ketahui tentang bahasa diucapkan oleh penghuni syurga, yang terkandung di dalam hadits ini berlaku.


Diriwayatkan oleh Thabrani dari Timur dan Hakim Al-Baihaqi pada bab Cabangan Iman dari Ibnu Abbas ra. dengan dia berkata: Rasulullah saw bersabda: (Cintailah bahasa Arab kerana tiga alasan, saya seorang Arab, Al-Quran adalah bahasa Arab dan kata-kata para penghuni surga adalah bahasa Arab).


Thabrani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Abu Hurairah, ra. dengan dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: (Saya seorang Arab, Quran adalah bahasa Arab, dan penghuni syurga juga menuturkan bahasa Arab). Hadis ini hasan


Ada 2 jenis bahasa iaitu Fus’hah dan ‘Amiah. Bahasa ‘Amiah (bahasa rojak) dituturkan pada zaman moden ini dan ia bukanlah bahasa syurga. Bahasa Fus’hah adalah bahasa yang dituturkan oleh Baginda Nabi dan yang inilah bahasa syurga.


Al-Quran adalah bahasa Fus’hah. Saya terkilan dengan bahasa ‘Amiah kerana ia merosakkan bahasa Fus’hah yang tidak mempunyai makna perbendaharaan bahasa Arab. Ia hanya bercampur aduk dengan bahasa lain seperti bahasa inggeris, parsi dan lain-lain. Dengan itu keaslian bahasa arab semakin pupus dek zaman.


Oleh kerana para alim ulamak dan cendekiawan Arab masih suka menuturkan bahasa Fus’hah maka wujudlah kesinambungan bahasa yang terbaik ini. Tetapi ramai orang Arab yang jahil, mengikut arus zaman dan bahasa Fus’hah ini tenggelam dengan suara hiruk pikuk ‘Amiah kerana kesibukan harian dan percampuran dengan bangsa lain.





Popular Posts

Blogroll