BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH 
ebook
Penulisan dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu Rumi

Penting ; Para pembaca dinasihati supaya tidak melangkaui. Hendaklah dibaca satu persatu bermula dari awal sehingga selesai supaya tidak keliru.
 

Sebaiknya pembaca membaca tulisan Arab untuk membiasakannya kerana tulisan Arab berbeza dengan tulisan rumi.  

Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah. Assalamulaikum warahmatulah, saudari-saudari, tuan-tuan dan puan-puan, 

Pembelajaran bahasa Arab telah mendapat sambutan di Negara kita terutamanya dari kalangan penuntut-penuntut agama. Bahkan orang awam juga belajar untuk berkomunikasi dengan peniaga-peniaga Arab di Mekah untuk mudah meminta tawaran dengan harga yang paling rendah. 

Pemandu pelancong pula menganggap pelajaran bahasa ini adalah penting. Ramai pemandu pelancong Arab terdiri dari kalangan ustaz yang fasih berbahasa Arab. Namun tidak ramai orang awam yang berkebolehan.  

Tetapi yang lebih penting pelajaran bahasa Arab ini ialah untuk kita mengenal Al-Quran yang menjadi perantaraan di antara Pencipta dan hamba-hamba-Nya. Maha Pencipta telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa Al-Quran. Sudah pasti bahasa ini terdapat banyak kelebihan sehingga pencipta memilihnya sendiri dan dijadikan pula sebagai bahasa di syurga.


Huruf-huruf Hijaiyyah ialah 30 huruf iaitu;


Dalam rajah 2 ini, terdapat perbezaan huruf-huruf di antara yang ada di dalam kotak-kotak tersebut. Di dalam satu kotak itu huruf-hurufnya adalah sama. Contoh,

م ف ث ت ب
 
 
Apabila disambungkan huruf-huruf, ia akan bersambung di satu sama lain seperti ;

ـبـتـــثـنـيـــــ
Kini anda akan melihat bahawa huruf-huruf di atas adalah sama bentuknya, Cuma berbeza tentang titiknya, ada yang 2 atau 3 titik dan ada titik yang di bawah dan di atas.
ــد ــذ ــر ــز        د ذ ر ز

Huruf ini berbeza dengan huruf di atas tadi. Huruf-huruf ini tidak boleh disambungkan selepasnya dengan huruf lain tetapi boleh disambungkan sebelumnya contoh seperti ;
فدب بذت ترى ترع
Seterusnya,
ــعـغـحـجـخ     ع غ ج ح خ
صضطظ      ص ض ط ظ
Baki setiap huruf di bawah adalah berbeza sekali satu sama lain jika kita perhatikan;
و م ك ل ا ه ء
Jika kita sambungkannya,
ـومــكلاه ء
Kita tengok huruf Waw. Fungsi penyambunganya sama seperti huruf Ro tetapi bentuknya berbeza kerana Waw di bibir mulut yang ternganga dan muncung. Dengan itu ia berbentuk bulat kecil manakala Ro berbentuk seperti garisan sahaja. Huruf Mim pula sama bentuk dengan huruf Waw yang terdapat bulat kecil tetapi fungsi penyambungannya berbeza yakni Mim boleh disambungkan sebelum dan selepasnya dengan huruf lain. Manakala Waw tidak boleh disambungkan selepasnya.

Ka, Lam dan Alif adalah merupakan garis-garis menegak kecuali Kaf yang condong sedikit. Mereka semua boleh disambungkan kecuali Alif tidak boleh disambungan selepasnya dengan huruf lain. 


Semua huruf boleh disambung sebelum dan selepasnya dengan huruf lain kecuali;
  ك د ذ ر ز ا ء  
Ia boleh disambungkan sebelumnya dengan huruf lain dan tidak boleh selepasnya tetapi huruf Hamzah tidak boleh sama sekali disambungkan sebelum atau pun selepasnya.

Begitulah cara penulisan atau „imla‟ bahasa Arab. Kita bertuah kerana dimudahkan oleh orang terdahulu yang tidak kering tinta dalam mengkaji bahasa Arab dan penulisannya. Cuba anda bayangkan Al-Quran itu tidak berbaris, bagaimana anda hendak membaca Al-Quran itu.

  Akan tetapi, setelah mengenali huruf dan kaedah Nahu, kita boleh juga membaca Al-Quran atau membaca artikel dalam bahasa Arab dengan tidak berbaris. Namun kita mestilah bersabar untuk melangkah ke depan satu langkah lagi sebelum kita mempelajari makhraj-makhraj huruf. 


Makharijil-huruf (Tempat-tempat Keluar Huruf)

Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas. 

Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.  

Sebelum kita memulakan kaedah nahu, mari kita singgah dahulu ke kotak abjad untuk menajamkan lagi penglihatan kita dalam memperbezakan huruf-huruf Arab.




Silang abjad


 

5 ulasan:

Samsudin bin Mohd Arshad said...

Assalamualaikum tuan.
Saya ingin memiliki e-book yg tuan terbitkan. Harap tuan dapat memberi maklumat lanjut tentang bayaran dan penghantaran.

شكرا

Unknown said...

SAYA INGIN EBOOK YG TUAN TERBIT

vister said...

Saya berminat nak memiliki ebook Ni. Bagaimana cara nak dapatkannya?

mohd rosli bin saidin said...

Syabbas Ustaz Zulfikri. Suatu usaha yang baik menghasilkan blog Bahasa Arab yang boleh memberi manfaat kepada ramai yang ingin mempelajarinya

Unknown said...

Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini

Translate

Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah.

Assalamualaikum saudara dan saudariku,


Al-Quran sebenarnya adalah bahasa yang tertinggi dan kaya dengan sastera kerana ia bukan perkataan manusia tetapi adalah perkataan Pencipta manusia.


Namun walaupun ia tinggi dengan kesusteraan Arab, ia telah dimudahkan oleh Allah untuk mempelajari, mengingati dan memahami kaedah-kaedah nahu yang terdapat di dalamnya.


Tidak dapat disangkal di dalam Al-Quran atau hadis-hadis sahih seperti yang kita ketahui tentang bahasa diucapkan oleh penghuni syurga, yang terkandung di dalam hadits ini berlaku.


Diriwayatkan oleh Thabrani dari Timur dan Hakim Al-Baihaqi pada bab Cabangan Iman dari Ibnu Abbas ra. dengan dia berkata: Rasulullah saw bersabda: (Cintailah bahasa Arab kerana tiga alasan, saya seorang Arab, Al-Quran adalah bahasa Arab dan kata-kata para penghuni surga adalah bahasa Arab).


Thabrani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Abu Hurairah, ra. dengan dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: (Saya seorang Arab, Quran adalah bahasa Arab, dan penghuni syurga juga menuturkan bahasa Arab). Hadis ini hasan


Ada 2 jenis bahasa iaitu Fus’hah dan ‘Amiah. Bahasa ‘Amiah (bahasa rojak) dituturkan pada zaman moden ini dan ia bukanlah bahasa syurga. Bahasa Fus’hah adalah bahasa yang dituturkan oleh Baginda Nabi dan yang inilah bahasa syurga.


Al-Quran adalah bahasa Fus’hah. Saya terkilan dengan bahasa ‘Amiah kerana ia merosakkan bahasa Fus’hah yang tidak mempunyai makna perbendaharaan bahasa Arab. Ia hanya bercampur aduk dengan bahasa lain seperti bahasa inggeris, parsi dan lain-lain. Dengan itu keaslian bahasa arab semakin pupus dek zaman.


Oleh kerana para alim ulamak dan cendekiawan Arab masih suka menuturkan bahasa Fus’hah maka wujudlah kesinambungan bahasa yang terbaik ini. Tetapi ramai orang Arab yang jahil, mengikut arus zaman dan bahasa Fus’hah ini tenggelam dengan suara hiruk pikuk ‘Amiah kerana kesibukan harian dan percampuran dengan bangsa lain.





Popular Posts

Blogroll