Penting ; Para pembaca dinasihati supaya tidak melangkaui. Hendaklah dibaca satu persatu bermula dari awal sehingga selesai supaya tidak keliru.
Sebaiknya pembaca membaca tulisan Arab untuk membiasakannya kerana tulisan Arab berbeza dengan tulisan rumi.
Bismilah walhamdulilah, wassolatu „ala Rasulillah. Assalamulaikum warahmatulah, saudari-saudari, tuan-tuan dan puan-puan,
Pembelajaran bahasa Arab telah mendapat sambutan di Negara kita terutamanya dari kalangan penuntut-penuntut agama. Bahkan orang awam juga belajar untuk berkomunikasi dengan peniaga-peniaga Arab di Mekah untuk mudah meminta tawaran dengan harga yang paling rendah.
Pemandu pelancong pula menganggap pelajaran bahasa ini adalah penting. Ramai pemandu pelancong Arab terdiri dari kalangan ustaz yang fasih berbahasa Arab. Namun tidak ramai orang awam yang berkebolehan.
Tetapi yang lebih penting pelajaran bahasa Arab ini ialah untuk kita mengenal Al-Quran yang menjadi perantaraan di antara Pencipta dan hamba-hamba-Nya. Maha Pencipta telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa Al-Quran. Sudah pasti bahasa ini terdapat banyak kelebihan sehingga pencipta memilihnya sendiri dan dijadikan pula sebagai bahasa di syurga.
Dalam rajah 2 ini, terdapat perbezaan huruf-huruf di antara yang ada di dalam kotak-kotak tersebut. Di dalam satu kotak itu huruf-hurufnya adalah sama. Contoh,
Apabila disambungkan huruf-huruf, ia akan bersambung di satu sama lain seperti ;
Begitulah cara penulisan atau „imla‟ bahasa Arab. Kita bertuah kerana dimudahkan oleh orang terdahulu yang tidak kering tinta dalam mengkaji bahasa Arab dan penulisannya. Cuba anda bayangkan Al-Quran itu tidak berbaris, bagaimana anda hendak membaca Al-Quran itu.
Akan tetapi, setelah mengenali huruf dan kaedah Nahu, kita boleh juga membaca Al-Quran atau membaca artikel dalam bahasa Arab dengan tidak berbaris. Namun kita mestilah bersabar untuk melangkah ke depan satu langkah lagi sebelum kita mempelajari makhraj-makhraj huruf.
Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.
Satu lagi kaedah untuk membuatkan kita ingat kalimah-kalimah Arab ialah memperhatikan mulut dan lidah orang yang berkata. Ada makhraj yang keluar dari bibir mulut, lidah dan kerongkong seperti rajah 3 di atas.
3 ulasan:
Catatan yang bagus. Amat berguna untuk mereka yang nak mula belajar Bahasa Arab.
Saya baru nak mula belajar bahasa Arab. Ada sambungannya lagi tak?
Assalamualakum ust bagaimana saya nak dapatkan buku bahasa arab pdf tersebut
Post a Comment